Total Pageviews


Sunday, 27 January 2013


Era Ketua Jurulatih Peter James Butler



Musim 2008-2009 menyaksikan kebangkitan bola sepak Kelantan. Dibawah kendalian Ketua Jurulatih Peter James Butler dari England yang juga bekas pemain tengah kelab bola sepak West Ham United era 1990-an, pasukan Kelantan FA berjaya melangkah masuk ke Liga Super Malaysia, iaitu liga tertinggi dalam Liga bola sepak Malaysia. Beliau juga berjaya membawa pasukan Kelantan FA melangkah ke perlawanan akhir Piala FA buat julung kalinya sejak Piala FA diperkenalkan pada tahun 1990, walaupun Kelantan FA tewas kepada pasukan Selangor FA melalui sepakan penalti 1-4. Namun kemaraan pasukan Kelantan FA tidak dapat dipertikaikan lagi apabila berjaya melangkah masuk ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada tahun yang sama. Meskipun Peter James Butler telah pun meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Kelantan FA seminggu sebelum bermulanya kempen Piala Malaysia, beliau telah meninggalkan satu sumbangan yang tidak ternilai buat pasukan Kelantan FA sehingga dianggap antara pasukan bola sepak yang paling digeruni dalam Liga Malaysia.
Kelantan kembali semula menggunakan khidmat beliau pada musim 2012 selepas pengunduran Datuk M. Karathu pada akhir 2011.
Bojan Hodak (Ketua Jurulatih)

Era Bojan Hodak

Semasa Peter Butler masih menjadi ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak yang pernah menabur bakti selama tiga tahun bersama MyTeam bermula 2006, sebelum berhijrah ke Phom Penh Crown FC dalam Liga Kemboja selama enam bulan pada musim 2011-2012 dilantik menjadi ketua pegawai eksekutif Akademi Al-Hambra Red Warriors (Army). Namun setelah pengunduran Butler, beliau dilantik menjadi ketua jurulatih Kelantan FA.
Bojan Hodak telah membawa pasukan Kelantan menjuarai Piala FA buat kali pertama dengan mengalahkan pasukan Sime Darby pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil. Gol tunggal perlawanan telah dijaringkan oleh Mohamed Ghaddar dengan sepakan penalti. Seterusnya, Bojan berjaya mengekalkan kejuaraan Liga Super 2012 yang dimenangi Kelantan pada musim sebelumnya.
Kelantan mengesahkan selaku kuasa besar bola sepak negara musim 2012 dengan melengkapkan kejuaraan treble selepas menjulang Piala Malaysia buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun apabila menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 di Stadium Shah Alam.

Kembalinya Peter Butler, Saingan Piala AFC


Selepas teka-teki pengganti Datuk M. Karathu berputar, akhirnya Peter Butler kembali melatih Kelantan. Dengan pemain import dibenarkan beraksi, beliau membawa masuk penjaring terbanyak Piala AFC 2007, Mohammed Ghaddar, membarisi skuad tahun 2012. Selain itu, beliau membawa masuk trio kontroversi ke Kelantan. Mereka tidak berjaya mempertahankan Piala Sumbangsih menentang Negeri Sembilan. Walaupun berjaya membawa Kelantan mendahului Liga Super untuk lapan perlawanan, beliau direhatkan akibat mengkritik campurtangan pengurusan dalam memilih pemain import tanpa beliau. Dalam mereka menghadapi Piala AFC 2012, tugas itu dipegang oleh pembantunya, Zahasmi. Selepas sesi perbincangan dengan pengurusan tentang nasib beliau, akhirnya beliau dilepaskan dari jawatannya. Pihak pengurusan membayar ganti rugi mengikut kontrak.

Era Datuk M. Karathu


Sepanjang tempoh penggantungan B. Sathianathan, pihak pengurusan mengambil langkah drastik dengan menandatangani bekas pengendali Perak, Datuk M. Karathu. Dibawah kendalian beliau, Kelantan berjaya merangkul Piala Sumbangsih untuk pertama kalinya. Walaupun tonggak yang dibawa oleh B. Sathianathan telah pergi ke pasukan lain, dan kehilangan trio kontroversi (Indraputra, Azizi dan Norfarhan) ke T-Team, beliau berjaya membawa pasukan memenangi Liga Super Malaysia 2011 dan berjaya mara ke perlawanan akhir Piala FA Malaysia 2011, tewas kepadaTerengganu. Mereka tidak berjaya mengulangi kejayaan musim lalu, apabila sekadar mara pada suku akhir Piala Malaysia 2011. Mereka tewas kepada lawan yang sama pada Piala FA 2011. Selepas itu, beliau mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai jurulatih. Alasan yang diberikan ialah beliau ingin meluangkan masa bersama keluarga. Kejayaan beliau bersama Kelantan mengulangi sejarah beliau bersama Kelantan pada 1993, iaitu separuh akhir Piala FA dan Piala Malaysia.










No comments:

Post a Comment