Total Pageviews


Tuesday, 9 April 2013

PEMAIN KELANTAN KHAIRUL FAHMI CHE MAT DIKATAKAN MAKAN DI KEDAI YANG BIASA2 JA..........
ADAKH BENAR???JOM ZASSSHHHHHHH.........

user posted image

Disilah kenangan bersama kawan2 yang di katakan sahabat walau apa jua sekalipun.....team work itu penting....


BETULKAH PASUKAN KELANTAN YANG DIKATAKAN BANYAK PERUBAHAN?????

Stadium Kelantan Pasir Puteh

STADIUM RED WARRIORS TERBESAR DI KELANTAN..

Inilah gambar rasmi rekabentuk Stadium Baru The Red Warriors (GAMBAR LEBIH KURANG) di Pasir Puteh dari Kerajaan Negeri Kelantan
Mahu tahu lebih lanjut berkenaan Stadium Baru ini Sila ke Ekspo Kelantan 2013 di Perkarangan Kompleks Media Karangkraf Shah Alam pada 15-17 Mac Jam 10 pagi hingga 10 malam.
Stadium Ini masih dalam perancangan dan tiada siapa pun tahu bila ianya akan dibina.Selepas ini Rakyat Kelantan mampu berbangga kerana mempunyai 2 hingga 3 buah Stadium di Negeri Kelantan
 
 

Wednesday, 30 January 2013


Badhri Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya..

Kapten pasukan Kelantan, Badhri Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya diiktiraf oleh laman web bolasepak terkemuka dunia iaitu Goal.com antara pemain tengah terbaik pada bulan Oktober 2012.
Goal.com mengeluarkan pasukan terbaik asia terdiri daripada para pemain dari Asia dan selain Badhri Radzi, turut berada dalam pasukan terbaik Asia bulan Oktober 2012 ialah Penjaga Gol Jepun iaitu Kawashima dari kelab Standard Liege.
Badhri Radzi terpilih berdasarkan prestasi cemerlang beliau yang membantu Kelantan menjulang Treble musim 2012 iaitu Piala FA, Piala Liga Super dan yang terbaru ialah Piala Malaysia 2012.


Senarai Pemain Kelantan 2013 Belum Lengkap..


552865_418035194883994_1024017031_n

Kelantan masih belum melengkapkan senarai penuh pemain yang akan beraksi dengan mereka pada semua saingan 2013.
Menurut Tan Sri Annuar Musa, penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), beberapa nama pemain terpaksa dirahsiakan sehingga akan diberitahu kelak.
Setakat ini, Lima pemain baru telah disahkan akan menyertai Kelantan iaitu K. Nanthakumar, Faiz Subri, Zairo Annuar, Mohd Izuan Salahuddin serta penjaga gol muda, Norhadi Ubaidillah.

Sunday, 27 January 2013


TAHNIAH KELANTAN DAN JOHOR DT
Kota Bharu: Perlawanan Kelantan menentang Johor DT yang dianggap perlawanan "Match of The Year" telah berjaya menarik lebih 20 ribu penyokong Kelantan memenuhi stadium keramat mereka ini.
Kelantan yang dilihat menguasai perlawanan pada separuh masa pertama brjaya memperolehi gol melalui rembatan kencang luar kotak penalti oleh Norfarhan pada minit ke 38. Asakan demi asakan dilancarkan oleh pemain kedua-dua pasukan walaubagaimanapun gagal menambah jaringan sehingga tamat separuh masa pertama.
Pada separuh masa kedua minit ke 64 Daniel Guiza berjaya menyamakan kedudukan seri 1-1. Keputusan kekal sehingga tamat perlawanan. Suasana perlawanan dalam padang agak terkawal, namun berlaku sebaliknya diluar padang apabila balingan mercun dan objek ke padang masih lagi menjadi masalah besar kepada imej bolasepak Kelantan.
Tahniah kepada kedua-dua pasukan. GOMO KELATE GOMO..

    Kehadiran Johor Military Force (JMF)  yang mengawal stadium Sultan Muhammad Ke 4 lengkap bersenjatakan M-16 amat meresahkan seluruh penyokong Kelantan, tidak salah datang untuk mengawal keselamatan Tengku Mahkota Johor mahupun penyokong Johor tetapi bersenjata secara terang-terangan seolah-olah mencabar emosi penyokong Kelantan yang hadir.
    Hal ini tidak pernah berlaku semasa Johor DT dibawah pentadbiran Johor Corporation mahupun Johor dibawah pengurusan lama PBNJ. Insiden seperti ini harus dipantau oleh FAM agar tidak berulang lagi dalam arena bolasepak Malaysia.
    Mengenai kekecohan berlaku selepas perlawanan, kami dimaklumkan berlaku provokasi diantara kedua-dua penyokong.
Sebagai rakyat Malaysia, seluruh penyokong Kelantan diseru tidak memanjangkan provokasi-provokasi ini ke alam maya mahupun diluar, cukuplah apa yang berlaku, kita kembalikan sikap profesional baru penyokong Kelantan. Elakkan KAFA dan pasukan kesayangan anda terus didenda. GOMO KELATE GOMO...KERANA ALLAH KITA BERSATU TEGUH DALAM APA JUA KEADAAN SEKALIPUN AMIN SEMUA AKAN SELAMAT...ALHAMDULILLAH....



STADIUM KOTA BHARU MENJADI MEDAN PERANG???
trakjdt
ADAKAH KENDERAAN INI SUKA2 DATANG....?
Kini tercipta satu lagi sejarah bolasepak Malaysia apabila buat julung kali perlawanan bolasepak melibatkan kawalan pihak Tentera Di Raja Johor yang dibawa untuk mengawal keselamatan Yang Mulia Tengku Mahkota Johor dan perlawanan terhebat 2013 ini.
Mungkin inilah antara tanda-tanda bolasepak akan terus dijadikan hamba kepada pembesar yang tidak mementingkan semangat kesukanan itu sendiri.
Perlawanan malam ini akan menentukan pasukan mana melakukan perbelanjaan paling berbaloi dalam pelaburan membina pasukan dan akan menentukan arah tuju persaingan hebat kedua-dua pasukan ini merebut mata sepanjang Liga Super berlangsung. Isu kehadiran tentera khas Johor ini dijangkakan tidak akan sedikitpun menggerunkan kebanjiran penyokong Kelantan pada malam ini.
Kehadiran tentera ini harus dipandang positif oleh seluruh penyokong Kelantan memandangkan mereka menjalankan tugas mereka menjaga kerabat diraja Johor. Seluruh penyokong Kelantan disaran tidak melakukan sebarang provokasi, kontroversi dan mengelakkan dari mencetus insiden yang tidak diingini. Buktikan kepada masyarakat Malaysia bahawa pengurusan PBNJ telah melakukan tafsiran salah kepada seluruh penyokong Kelantan.
Inilah perbezaan ketara antara rakyat Kelantan dengan rakyat dari negeri lain, rakyat Kelantan berani merantau ke mana sahaja atau menyaksikan perlawanan bolasepak Kelantan di mana sahaja tetapi apabila perlawanan melibatkan pasukan lawan di negeri Kelantan bermacam-macam alasan digunakan untuk tidak datang, jika datang pun mereka takut ancaman keselamatan mereka.
Sebagai anak jati Kelantan, tindakan pasukan johor ini amat memilukan tapi apakan daya sediakan payung sebelum hujan lebih baik sebelum dibasahi hujan kerana keadaan semasa tidak menentu. Diharap tiada lagi pihak yang cuba merosakkan imej bolasepak Kelantan yang sudah berada pada kelasnya tersendiri hasil ksungguhan Tan Sri Annuar Musa mencipta transformasi bolasepak Kelantan sejak 4 tahun lalu.
Buktikanlah yang terbaik demi rakyat dan bolasepak Kelantan pada malam ini, jadikanlah tanggapan ini semua sudah ketinggalan zaman dan di bumi Kota Bharu tidak akan berlaku insiden buruk lagi . GOMO KELATE GOMO. Ya Allah lindungilah perlawanan ini semoga berjalan lancar.

Final Piala Malaysia 2009: Kelantan cipta sejarah pada masa itu..

PEMAIN Perlis, Mohd Syazwan Zainol (kanan) dihalang pemain Kelantan, Mohd Farisham Ismail pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Utama Negeri, Kangar, malam tadi.

KEJAYAAN menewaskan Perlis 3-1 seterusnya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 merupakan sejarah buat pasukan Kelantan apabila berjaya menamatkan penantian selama 39 tahun untuk beraksi di pentas kemuncak kejohanan bola sepak paling berprestij di tanah air.

Skuad The Red Warriors mara ke final menerusi agregat 5-1, selepas mencatat kemenangan 2-0 pada separuh akhir pertama di tempat sendiri, Selasa lalu.
Sekali pun membawa bekalan agak selesa ke Kangar pada perlawanan di Stadium Utama Negeri malam tadi, Kelantan tidak bermain secara bertahan sebaliknya tenang sepanjang perlawanan sekali pun cuba diasak barisan serangan tuan rumah.
Pada perlawanan itu, Mohd Norfarhan Mohamad muncul wira Kelantan apabila melakukan hatrik di Kangar menerusi jaringan pada minit ke-26, 53 dan 87.
Perlis yang bermain agak tertekan dan kelihatan serba tidak menjadi sepanjang perlawanan memperoleh gol saguhati menerusi Mohd Firdaus Fauzi pada minit ke-70.
Sementara itu, jurulatih Kelantan, B Sathiananthan berkata, kejayaan pasukannya adalah kerana berjaya melakukan serangan balas pantas.
Seperti dijangka, kami sedar Perlis akan mengasak tetapi kelebihan kami ialah ketika melakukan serangan balas pantas dan itulah caranya ketiga-tiga gol kami dihasilkan,
Jurulatih Perlis, Irfan Bakti pula mengakui Kelantan layak menang walaupun tanpa Indra Putra Mahyuddin yang digantung satu perlawanan.
Kesilapan kami ialah melepaskan dua gol awal menyebabkan pemain mula tertekan. Jelas Perlis tidak bermain sebaik seperti di Kota Bharu..

--SEJARAH PERSATUAN BOLA SEPAK KELANTAN (KELANTAN FA)--



Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan (KAFA) telah diasaskan pada tahun 1946.
Pada tahun 1986, Timbalan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Haji Ahmad Rastom Haji Ahmad Maher menerajui kepimpinan bola sepak Kelantan sehingga tahun 1990.
Pada tahun 1991, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Haji Wan Hashim Wan Daud mengambil alih kepimpinan yang ditinggalkan oleh Datuk Haji Ahmad Rastom Haji Ahmad Maher setelah tampuk kepimpinan kerajaan negeri bertukar tangan.
Pada tahun 2004, jawatan presiden bertukar tangan setelah Haji Ahmad Jazlan Yaakub diberi laluan untuk menerajui KAFA. Sejarah tertulis dalam buku bola sepak Kelantan dimana pada tahun 2005, kita merupakan satu-satunya negeri yang bermain dalam Liga FAM setelah berada ditangga tercorot dalam Liga Perdana tahun sebelum itu.
Tahun 2007 menyaksikan perubahan dalam lanskap kepimpinan KAFA yang baru apabila Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa diberi kepercayaan menerajui Persatuan Bola Sepak Kelantan bagi penggal 2007/2010.
Tahun pertama Tan Sri bersama Kelantan FA sudah menampakkan peningkatan apabila berjaya meraih tempat ketiga dalam Liga Perdana musim 2007/08. Malahan dalam saingan Piala Malaysia pula, walaupun kita gagal melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia, tetapi kejutan yang dilakukan diperingkat kumpulan sedikit sebanyak menyaksikan kebangkitan Kelantan tidak harus dipandang rendah.
Pada 2009 Kelantan mampu berbangga kerana berjaya melangkah ke dua final iaitu Final Piala FA dan Final Piala Malaysia. Namun kedua-dua perlawanan menyaksikan hanya bergelar Naib Juara sahaja.
Pada 2010 Kelantan akhirnya mencipta sejarahnya tersendiri kerana berjaya mencapai status Naib Juara Liga Super dan Juara Piala Malaysia. Pencapaian Kelantan terus gemilang pada 28 Januari 2011, Kelantan sekali mencipta sejarah buat kali pertama merangkul Piala Sultan Hj Ahmad Shah dengan menewaskan Selangor selaku Juara Bertahan.

-PRESIDEN KAFA-

19xx - 19xx - Datuk Haji Hussien Ahmad
19xx - 19xx - Datuk Nik Mahmud Nik Daud
1986 - 1990 - Datuk Haji Ahmad Rastom Haji Ahmad Maher
1991 - 2004 - Datuk Haji Wan Hashim Haji Wan Daud
2004 - 2007 - Haji Ahmad Jazlan Datuk Yaakub
2007 - sekarang - Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa

-SENARAI PENGURUS PASUKAN KELANTAN-

1998 - 2002 - Datuk Haji Wan Hashim Haji Wan Daud
2005              - Haji Azman Ibrahim
2006 - 2008 - Haji Ahmad Jazlan Yaakub
2009 - 2010 - Haji Azman Ibrahim

-SENARAI JURULATIH-JURULATIH KELANTAN-

1988 - Allahyarham Haji Mohamad Che Su
1989 - Majid Arif (Singapura) / Haji Mahadi Yusof
1990 - Allahyarham Haji Mohamad Che Su
1991 - Milan Duricic (Yugoslavia) / Haji Mahadi Yusof
1992 - Horst Heese (Jerman)
1993 - M. Karathu (Perak)
1994 - Milous Kvacek (Rep. Chzech)
1995 - Haji Mahadi Yusof
1996 - Kelly Tham (Sabah)
1997 - Kelly Tham (Sabah)
1998 - Kamaruddin Md Noor / Hamid Ramli
1999 - Mostakheen Omar (Kedah)
2000 - Abdul Rahim Ahmad
2001 - K. Rajagobal (Selangor)
2002 - K. Rajagobal (Selangor)
2003 - Abdullah Mohamad (Terengganu)
2004 - Abdullah Mohamad (Terengganu)
2005 - Kamarudin Md Noor
2006 - Kamarudin Md Noor / Anizan Daud
2007 - Abdul Rahim Ahmad
2008 - Norizan Bakar (Perlis) / Regis Laguesse (Perancis)
2009 - Peter James Butler (England) / B Sathianathan
2010 - B Sathianathan
2011 - Datuk M. Karathu Maruthaiah
2012 - Peter James Butler
2012 - Bojan Hodak


Era Ketua Jurulatih Peter James Butler



Musim 2008-2009 menyaksikan kebangkitan bola sepak Kelantan. Dibawah kendalian Ketua Jurulatih Peter James Butler dari England yang juga bekas pemain tengah kelab bola sepak West Ham United era 1990-an, pasukan Kelantan FA berjaya melangkah masuk ke Liga Super Malaysia, iaitu liga tertinggi dalam Liga bola sepak Malaysia. Beliau juga berjaya membawa pasukan Kelantan FA melangkah ke perlawanan akhir Piala FA buat julung kalinya sejak Piala FA diperkenalkan pada tahun 1990, walaupun Kelantan FA tewas kepada pasukan Selangor FA melalui sepakan penalti 1-4. Namun kemaraan pasukan Kelantan FA tidak dapat dipertikaikan lagi apabila berjaya melangkah masuk ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada tahun yang sama. Meskipun Peter James Butler telah pun meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Kelantan FA seminggu sebelum bermulanya kempen Piala Malaysia, beliau telah meninggalkan satu sumbangan yang tidak ternilai buat pasukan Kelantan FA sehingga dianggap antara pasukan bola sepak yang paling digeruni dalam Liga Malaysia.
Kelantan kembali semula menggunakan khidmat beliau pada musim 2012 selepas pengunduran Datuk M. Karathu pada akhir 2011.
Bojan Hodak (Ketua Jurulatih)

Era Bojan Hodak

Semasa Peter Butler masih menjadi ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak yang pernah menabur bakti selama tiga tahun bersama MyTeam bermula 2006, sebelum berhijrah ke Phom Penh Crown FC dalam Liga Kemboja selama enam bulan pada musim 2011-2012 dilantik menjadi ketua pegawai eksekutif Akademi Al-Hambra Red Warriors (Army). Namun setelah pengunduran Butler, beliau dilantik menjadi ketua jurulatih Kelantan FA.
Bojan Hodak telah membawa pasukan Kelantan menjuarai Piala FA buat kali pertama dengan mengalahkan pasukan Sime Darby pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil. Gol tunggal perlawanan telah dijaringkan oleh Mohamed Ghaddar dengan sepakan penalti. Seterusnya, Bojan berjaya mengekalkan kejuaraan Liga Super 2012 yang dimenangi Kelantan pada musim sebelumnya.
Kelantan mengesahkan selaku kuasa besar bola sepak negara musim 2012 dengan melengkapkan kejuaraan treble selepas menjulang Piala Malaysia buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun apabila menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 di Stadium Shah Alam.

Kembalinya Peter Butler, Saingan Piala AFC


Selepas teka-teki pengganti Datuk M. Karathu berputar, akhirnya Peter Butler kembali melatih Kelantan. Dengan pemain import dibenarkan beraksi, beliau membawa masuk penjaring terbanyak Piala AFC 2007, Mohammed Ghaddar, membarisi skuad tahun 2012. Selain itu, beliau membawa masuk trio kontroversi ke Kelantan. Mereka tidak berjaya mempertahankan Piala Sumbangsih menentang Negeri Sembilan. Walaupun berjaya membawa Kelantan mendahului Liga Super untuk lapan perlawanan, beliau direhatkan akibat mengkritik campurtangan pengurusan dalam memilih pemain import tanpa beliau. Dalam mereka menghadapi Piala AFC 2012, tugas itu dipegang oleh pembantunya, Zahasmi. Selepas sesi perbincangan dengan pengurusan tentang nasib beliau, akhirnya beliau dilepaskan dari jawatannya. Pihak pengurusan membayar ganti rugi mengikut kontrak.

Era Datuk M. Karathu


Sepanjang tempoh penggantungan B. Sathianathan, pihak pengurusan mengambil langkah drastik dengan menandatangani bekas pengendali Perak, Datuk M. Karathu. Dibawah kendalian beliau, Kelantan berjaya merangkul Piala Sumbangsih untuk pertama kalinya. Walaupun tonggak yang dibawa oleh B. Sathianathan telah pergi ke pasukan lain, dan kehilangan trio kontroversi (Indraputra, Azizi dan Norfarhan) ke T-Team, beliau berjaya membawa pasukan memenangi Liga Super Malaysia 2011 dan berjaya mara ke perlawanan akhir Piala FA Malaysia 2011, tewas kepadaTerengganu. Mereka tidak berjaya mengulangi kejayaan musim lalu, apabila sekadar mara pada suku akhir Piala Malaysia 2011. Mereka tewas kepada lawan yang sama pada Piala FA 2011. Selepas itu, beliau mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai jurulatih. Alasan yang diberikan ialah beliau ingin meluangkan masa bersama keluarga. Kejayaan beliau bersama Kelantan mengulangi sejarah beliau bersama Kelantan pada 1993, iaitu separuh akhir Piala FA dan Piala Malaysia.